CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 8, 2011

tentang KEJUJURAN

assalamualaikum. .semua !
wahh. .lamanyer iera tak update blog niey. .asyik update wordpress jew. .
hahahaa :D ,sorry blog !
hmm. .iera hari niey rasa ingin meluahkan sesuatu. .di mana yew?of course kat blog niey. .
meluahkan ---> share
itulah maksud iera. .
di sini,iera nak story2 tentang KEJUJURAN. .
terlalu luas apa itu kejujuran. .kejujuran boleh memihak kepada sesiapa sahaja. .kepada apa saja jenis hubungan. .inilah yang iera nak nyatakan. .
memang senang setiap manusia nak ungkapkan kejujuran dirinyer. .
tapi ikhlas kew kita ? atau nak menunjuk2 jew ?
atau pun. .nak menutup kekurangan seseorang itu ?
hmm. .
kejujuran sangat mahal harganyer. .tak ada nilai ! dan tak boleh dijual beli. .tapi zaman sekarang. .tiada yang mustahil. .maybe orang boleh jew beli kejujuran demi menutup sesuatu. .atau senang cerita untuk kepentingan masing2. .hahh. . :D
DUIT !
semua orang rambang mata bila nampak duit. .dalam dunia niey apa jew yang tak pakai duit ?
nak masuk toilet kat mall pun rm0.30 kena standby beb !
haii. .hanya orang yang betul2 berhati mulia jew yang nak bagi free !
susah nak cari orang yang betul2 jujur dalam hidup dia sepanjang hayatnyer. .
ada pun,mesti kesian ! sebab orang yang berhati busuk pasti mempergunakan kebaikan dia !
ishh2. .jahat sungguh itu orang. .
tapi,mesti dia tak kisah punyer. .biarlah orang buat kita kan. .nanti dia akan dapat balasan yang setimpal dengan perbuatan dia tuh. .
kita serahkan segalanyer kepada Allah. .kita tak layak nak menghukum seseorang itu. .
okeyh,balik pada kejujuran. .
kejujuran dalam keluarga. .paling penting dengan ibu bapa kita ! itu paling utama. .serta adik-beradik yang lain. .amalkan lah sikap jujur dengan keluarga. .nescaya,hidup kita pasti aman dan tenang. .
selain itu,mengeratkan silaturrahim. .
kejujuran dalam keluarga jugak memberi kita keberkatan dalam hidup. .keluarga adalah segala2nyerr. .mereka adalah keturunan kita. .so,kita kena lah jaga martabat keluarga. .jangan sesekali kita memusnahkannyer. .yew. . :)
kejujuran sesama manusia. .seperti persahabatan dan juga percintaan. .
sahabat sukar dicari. .bagi iera,sahabat macam keluarga sendiri jugak. .sahabat adalah tempat kita mengadu kegembiraan dan kesedihan. .
kita hendaklah berlaku jujur dengan rakan kita. .lebih baik berkata benar daripada menjadi hipokrit. .menyembunyikan sesuatu demi menutup kesalahan diri atau orang lain. .
sentiasa berterus terang setiap masalah yang kita hadapi bersama dia. .sebelum menceritakan kepada rakan yang lain. .sebab. .perbuatan ini tak lain tak bukan seperti memburukkan sahabat anda sendiri. .
jujur ! itu paling penting. .untuk menjamin sebuah persahabatan yang berkualiti. .
cewahh ! poyo jew perkataan 'berkualiti' niey. . :p
cinta ?
hai. .memang banyak orang cakap pasal jujur dalam bercinta niey. .
tak payah terangkan pun mesti ramai yang dah tahu. .apa yang dimaksudkan kejujuran dalam percintaan. .
curang. .menduakan. .diduakan. .mengkhianati. .dikhianati. .
sama kategori nyer tak jujur !
sebenarnyer. .jujur ketika bercinta niey tak sama penting macam mana pentingnyer jujur dalam mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. .
betul tak ?hahh. .
macam mana jujur dengan mencintai Allah ?
kita hendaklah solat dengan ikhlas. .khusyuk. .melakukan segala suruhan-Nya dengan hati yang tenang dan terbuka. .ikhlas lah wahai umat Islam sekalian !
Allah telah memberi segala2nyer kepada kita. .samada yang kita minta atau pun tak. .Allah beri. .Allah maha penyayang. .maha mengasihani. .
begitu jugak. .dengan kasih sayang Rasulullah yang dicurahkan untuk umatnyer. .
segala pengorbanan yang dilakukan pada zaman dahulu. .sangat tinggi nilainyer. .
subhanallah. . :))
makna nyer,cinta dan jujur kepada Allah dan Rasul adalah penting dan segala2nyer. .
tapi bukanlah maksud iera tak payah bersikap jujur sesama manusia. .jujurlah pada mana yang patut. .jangan jujur sangat sampai orang panggil awak 'lurus bendul' yew. .
orang senang nak mempermainkan orang yang lurus bendul niey. .
ingat, jujur pada mana yang perlu yew. .
bubye semua ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/tutorial-nak-ringankan-blog-cepatkan.html#ixzz2Bgwfuaaa