CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 2, 2014

Finally !

Finally I found it !
I can access my google accnt password to access my beloved blog . Kekekeee
dah lama tak tulis post bagai, lepastuh harituh baru format lappy so memang hilang lah semua password kann. ahaa

Okay okay, now feeling happy sesangat dapat access balik blog.

Okbai xoxoNs

Thursday, September 11, 2014

Nothing to feel

Im here for a week, almost. Serious lah besar Palam nih.
Ia seperti ada satu bandar dalam hutan. Hahhaha
There's too many fac here, majority fac kat sini FSK lah. Ahaa

I dont know why, I still cant find my soul here.
Badan kat sini nih, tapi hati kat tempat lain for sure.
Mungkin tempat baru kut, sometimes rasa kalau dapat kat Pilah balik, it's a goooood for me ! Wuaa :'D

Maybe aku tak ready lagi dah kena pergi kan. Hati masih terkial-kial mencari jiwa yang sebetulnya.
Niat nih, niat kena betulkan nih.
Haihhh

It's not aku tak bersyukur dapat sambung degree, tapi perasaan kat sini lain sangat.
Masuk2 as penerapan, you dont have a guide to follow tau. No MDS kan. Memang suke tadek MDS, tp terkial-kial lah kita nanti.

But now my problem is, perasaan jiwa aku kat sini nih.
Baru lagi kut, seminggu pun belum lagi. Anak mak betul aku nih. Wuaaa

Dua hari lepas, mama called. Mama nangis masa on call harituh, she missed me so much and I missed her, ayah my family for sure.
Memang jiwa aku tertinggal kat rumah kat JB tuh.
Camna nih nak hidup kat sini for 4 years?? ya Allah ! :'(

Dengan my course ada practical start semester 4 sampai last sem nanti.
Masatuh, memang aku jarang balik JB dah.
Ohmaii 4 tahun 4 tahun 4 tahunnn lamanyaaa >.<

ya Allah, Kau redhakanlah hati aku di sini. Sesungguhnya, perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan. Sesungguhnya, ujianMu yang sangat menguji ini sepatutnya hambaMu ini boleh melalui and atasi dengan baik.

Mindset nak balik weekend nih, macam2 aktitviti ada pulak kan.
Tapi aku nekad sangat2 nak balik. Sorang pun sorang lah, nak balik punya pasalkan?
Sengal jugak aku nih Hahha

mama ayah tak tahu tau aku nak balik nih, im going to surprise her, mama.
Hee aku nak ubatkan kerinduan yang ada dlm hati mama tuh.
Dengar mama nangis harituh, aku rasa bersalah sangat.
Aku pergi tinggalkan dia sorang2 kat rumah, ayah abang kerja.
Im sorry ma, adik kat sini bawa tanggungjawab untuk mama ayah jugak.
Aku kat sini kerana Allah, niat nak belajar pun kerana Allah.
Doakan yang terbaik untuk adik ma.
Ikutkan hati adik tak nak jauh dengan mama ayah langsung. Adik nak belajar dekat2 dengan mama ayah jeh. Hmm

ya Allah, dugaan apalagi nih....

Wednesday, August 13, 2014

The begining of 5th Phase

Assalamualaikum and good morning ! ^^
*late morning actually lol*

Since dah kerja nih, jarang bebeno nak on lappy apalagi nak update blog.
Memang tidok ler kalau tak ada benda yang penting.
Kerja ada shift pun tak larat nak spending my time surfing internet thru lappy. Android kan ado? HAHHA

But I got a few days only for working mooood sebab dah nak further my degree :D
Alhamdulillah, thank you Allah !
Dapat jugak teruskan my studies on time, ikut planning yang diplanning kan. Haa

Hello HS244 ! Hello fisioterapi !

seram nyahh sekarang nih, dup dap dup dap jeh jantung.
Tempat baru kut.
Lebih kurang pilahdelphia jeh but still lain and semakin jauh dari my hometown !

UiTM Kampus Puncak Alam aka Palam (katanya)

I dun think I can do my tabiat nak balik sekali dua minggu.
Ohmaii T T

Dah besauu pun nak camgitu lagi tau aku nih.
Tepuk peha sendiri ! Biasaaaa dia yee

HAHHA lol

Aku tahu aku tak mampu nak further in medic dentist ke camtuh semua.
Im not in that capable. I cant. I know Im not too strong.
Allah tahu which one is better for me.
Dapat involved dalam health sciences nih pun dah more than enough.
Alhamdulillah sangat beb

Boleh kerja kat hospital kan?
Mama ayah nak sangat adik involved dalam perubatan. Fisioterapi pun sama jugak kan? Heh
Itu jeh yang adik mampu maa
Doakan adik berjaya dalam next phase nih !

kenapa 5th?

1st naik tadika kecik2 dulu
2nd sekolah rendah
3rd menengah ahh
4th diplomaaa di Pilahdelphia 

and now 5th for my degree. Gulp

cuaks

from now I just only have less than a month before starting my student life.
Ohmaii

Rindu sebenarnya nak study malam stay up bagai, buat notes sambil tengok movies ke dengar lagu.
Tapi part final examination tuh lain, tak okay.
Takutyaa  >-<

I have a gooood news ! Ija si Jaja bam bam uh dapat course kat Palam jugak
Again, kita memang ada jodoh jah
HAHHA

Ija ijaa..kau dan aku tak dapat dipisahkan :'D

Apa yang penting, semua nih susunan Allah.
Mesti ada hikmahnyaa.

Si Zati dapat kat Shah Alam. Amboi makin gatal laa dia kat sana kan, kat main campus kut !
HAHHA

Si Dini dapat balik kat Pilahdelphia.
Ohmaii dear Dini, jangan sedih sedih naaa kena balik tempat lama
mesti makin expert kau kat Pilah tuh weh
ce cehh kakak paling senior dah kau nanti :')

No MDS no orentasi , so kena pandai2 laa kau nanti ghaa.
Jangan terkontang kanting sangat dah
HAHHA

8 September 2014 will be a official date for my 5th phase

Wish me luck ! semoga berjayaaa Ighaa
*wish sendiri*

Iring daku dalam doamu.
Hee


Thursday, May 29, 2014

Realiti Aku 2

Dia selalu hantar text itu ini,text jiwang karat punya and miscall my number,kat facebook pun ada, kerap sangat dan lebih kerap masa 1st semester. Masa tuh aku betul2 dah tutup hati aku untuk dia sebab he treat me like shit a few years ago. Yes, dah jadi ex dah pun masa tuh. Lama kitaorang lost contact each other and suddenly dia datang balik pulak. Aku layan dia nak tak nak jeh, siapa2 pun kalau tahu apa dia dah buat masa our 1st relationship tuh, memang tak boleh lupa lah wei. Memang tak patut.

  Sampailah dah mid semester 3, dia keep approaching me sampailah hati aku lembut balik. Hoii hati perempuan mana tak lembut giler? Lebih kurang setahun setengah lah, dia cuba nasib dia kat aku. Aku nampak effort dia nak getting back together. Masa birthday aku, 24th August 2012, dia bagi satu novel tajuk dia, Keranamu Aku Rela by Sania Yasmin. Lagilah cair, terharu bagai sebab dia bagi masa aku nak gerak balik ke UiTM Beting, masa tuh aku dah dalam bus dah, dia datang semata-mata nak bagi hadiah tuh. Siap ada surat lagi dalam tuh. Perghhhh tulisan buruk, tapi aku masih boleh tersenyum masa baca isi surat tuh. Puihh HAHHAHA

  Then, makin keraplah aku berbalas message kat phone facebook and twitter kadang2. Dalam bulan November, baru kitaorang declare our relationship. After tuh, aku dah tanya dah dengan roommate aku si Ija, si Zati and Dini and classmates samada aku nak lebih seriouskan relationship dengan dia ke tak. Mostly, semua cakap bagi peluang, give him more chances untuk pulihkan everything. Dan dia betul2 gunakan peluang yang aku bagi lagi sekali kat dia nih.

  Masa tuh, diploma untuk aku and STPM untuk dia. Dia dapat jugak UiTM kat Perak uh, tapi after a few weeks dia tak sanggup dah. Course yg dia dapat uh susah katanya, and maybe jauh sangat kut. Well, as I know, dia anak mak, ok. Padanlah.

  For a few months permulaan relationship kitaorang nih, sangatlah bahagia. Sengalnya aku. Puihhh Dia sentiasa ada masa untuk aku dan aku pun ada masa untuk dia. Selalunya, kalau tak ada hal, dua minggu sekali mesti aku balik JB. So everytime aku balik tuh mesti jumpa dengan dia, kitorang hang outs sesama. Selalu jugak, dia ambil aku balik kat Larkin station bus uh. Rumah kitaorang dekat, sekampung jeh weh. Dia nih, dari sekolah rendah aku dah kenal. Sekelas lagi tuh. Aku masih ingat, kat sekolah uh ada jeh bahan dia nak ejek aku. Bongok betul dia nih. Aku anti giler dengan dia. Menyampah doh. After habis sekolah rendah, kitaorang keep in touch lah gitu kat phone as a friend. Dah sekolah menengah, sekejap jeh dia masuk sekolah yang sama dengan aku, lepastuh dia pergi madrasah dekat Ulu Tiram uh. Masa form 3, kitaorang mula ada bibit bibit bunga bunga cinta bak lagu Misha Omar uh. HAHAHHA Sengal. Mulalah our first relationship.

  Benda yg aku tak boleh lupa masa tuh, dia pergi balik kpg kat Perak, masa tuh Bukit Merah kat Perak uh tengah famous tau. Dia ada beli ole-ole untuk aku. Sweet lah pulak kan. Dia nak bagi tuh kat aku, dia jalan kaki dari rumah dia dengan bawak ole-ole tuh plus buah rambutan sebeg plastik plus jam dinding Avon. Berat kut? Terharu aku. Cinta monyet sangat. Lol Tak lama pun sweet kami masa tuh, setahun lebih jeh. Tak ada rezeki dan jodoh. Okbaii masatuh.

  After dia habis STPM, dia tak sambung terus degree. Dia kerja dulu dekat Cool Storage Pelangi uh. Dia off hari Isnin, bila aku cuti panjang sikit, kitorang keluarlah satu hari uh pergi Jusco ke mana mana lah kan. Bila aku cuti weekend jeh, kitaorang dinner jeh. Tempat favorite kitaorang untuk dinner is Chicken chop termurah tersedap yg berharga rm5 sepinggan kat Hutan Bandar uh. Selalu makan situ sampai bosan and the best memories jugak kat situ sebab our first dinner yang dia bawak aku, kat situlah. First dinner uh, agaklah hujan renyai2 malam uh. Sejuk sebab baru lepas hujan. Then aku kesjukan lah jugak. Then dia bagi aku pakai sweater dia kat aku. Ouchhh sweet tahi kucing betul. HAHHAHA *tengah tahan air mata nih*

  Konon2 untuk anniversary date, kitaorang pilih 30 November 2012 as our special date. Puihhh Lol Aku tak nafikan, masa awal2 hubungan nih, kitaorang happy sangat each other. Aku dah fikir masatuh, mungkin dia jodoh aku sebab dah 2nd relationship dah for this time. Plus, my parents know him very well. Kenal dia dah lama dah. Dah tak segan celah gigi pun kat mama ayah. Aku nih jeh jumpa mama dia face to face sekali pun tidak. Nampak kat gambar jeh. Giler tak takut nak jumpa bakal mak mertua. Kahkahkahkah !

  Dia nih jealous, selalu fikir yg bukan2 pasal aku nih ada scandal lah peminat lah. Peminat celah mana doh? Nak tahu satu benda tak tentang aku? Aku nih, kalau dah ada boyfriend ke kesayangan ke, aku kan stick to the one. Aku tak pandang yang lain dah. Aku kalau dah sayang org uh, aku sayang giler. Itulah my bad. Sayang sangat sampai orang boleh pijak2 kau, treat kau macam tak ada perasaan. Haa sekejap lagi korang faham apa maksud aku nih.

  Before dia dapat balik hubungan nih, dia memang ada pesaing. KAHKAHKAH Pesaing dia nih budak Kota Tinggi. Mamat nih aku kenal dari facebook, asalnya dia add aku sebab nak ngurat my cousin. Tapi tak kesampaian lah sebab my cousin nih dah tunang pun. Last2 nak ngurat aku pulak. Puihh Aku tak tipu yg aku memang ada hati dengan mamat nih. Kah ! Nak dijadikan cerita, aku keluar dengan si ex ke Jusco. Suddenly mamat Kota Tinggi nih text cakap nak beraya rumah aku. Masa tuh raya wehh. Terkejut aku. So aku berbelah bagi nak balik dengan si ex nih ke dengan mamat Kota Tinggi nih. Then aku decide balik rumah dengan mamat Kota Tinggi nih. Aku tinggalkan si ex uh kat Jusco sorang2. Muka dia sedih weh. Masa uh aku treat dia memang as a friend. Masih tak lebih kuah dari nasi. Lepas beraya uh, aku kena marah dengan mama ayah. Sebab mama ingat si ex uh yang datang, tapi lain yang datang. Lepastuh. mama suruh minta maaf kat si ex uh sebab buat dia macamtuh. Kesian katanya. Lepas kejadian, baru kau sedar aku tak sepatutnya buat macamtuh walaupun dia just kawan aku jeh masatuh. Mama ayah marah sebab depa memang kenal dia dengan baik. Lepastuh, aku dah lost contact dengan mamat Kota Tinggi uh. Ohbaii Kota Tinggi

  Wlaupun aku dah buat salah macamtuh, dia still okay tapi merajuk jugaklah. Eiiii tak retilah nak pujuk orang merajuk nih. Hahahha Then dari situ aku dah nampak lah, effort dia lagi satu untuk pulihkan everything wif me.

  Masa pertengahan hubungan tahun 2013 uh, masalah yg selalu timbul bila dia busy sangat dengan kerja dia sampai lupa nak message. Memang saja mintak kaki. Aku busy study macam mana pun boleh ada masa untuk kau, asal kau tak boleh? Hishhh Itulah perbezaan antara lelaki dengan perempuan, time management. Hahh Masalah lagi bila dia jealous itu ini, eeiii kita puk ang. Pasal jealous nih malas nak cerita, memang common sangat kalau dalam relationship.

  Sepanjang masa tuh, dia ada bagi rantai and kalung rantai uh berbentuk love. Atototoo Kahkahkah Lepastuh, dia ada pergi Melaka. Holiday dengan family dia. Tuptup, balik dari Melaka uh, dia ajak jumpa. Dia boleh borak tanya pasal couple ring. Tetiba masa tengah tunggu makanan after order, dia keluarkan dua cincin. Dia punya ada nam 'tutt' and aku punya ada nama 'tett'. sweet tahi apa pulak kali ini? Lol Terharulah weii. Dia jejalan Melaka uh, dia ada jugak ingat untuk aku. Couple ring Melaka mari. *air mata please not now*

  Masa aku semester 5, mama dia suruh further studies in degree. Then dia dapatlah satu course degree nih kat IIUM. Dia sedih, nervous kut sebab dah kena berjauhan dari family. Anak mak lah katakan. Aku pun support lah dia nak sambung degree, sebab benda baik kan. Tapi dalam hati aku? aku dah cuak dah, aku takut dia akan berubah hati nanti. Universiti or kolej mana yang tak ada perempuan? Plus perempuan lagi ramai dari lelaki pulak uh. So, disitu startlah curiga each other. Dia nak ragu2 kalau dia dah pergi study, aku curang ke ada scandal nanti. Celah mana aku nak curang? Kalau aku nak curang, kau kerja kat JB ke masa kau STPM kat JB uh kalau aku nak buat, aku boleh buat masa tuh. Untuk aku, tak ada beza kau kat JB ke KL sebab aku stay kat Pilah jeh. Kau yang akan merasai perbezaannya, bila kau dah start jauh dari aku nanti. Aku yang patut curiga, takut perasaan kau berubah. Kan aku dah cakap, satu benda jeh tentang aku, aku dah sayang kau, buat apa aku nak cari orang lain? Itu benda yang kau perlu tahu.

  Awal 1st semester dia semua masih okay, bila tang tengah mula tak okay sebab dia busy dengan assignment itu ini. Dia nih cepat gelabah, kata susah lah apa apa lah bla bla blaa. Subject apa yang tak susah sayang oii? Kalau kita study betul2, benda susah boleh jadi senang. Dushh kena kat diri sendiri sikit. Aku pun kadang2 give up dengan certain subject, diploma pun dah susah apalagi degree. Akhir 1st semester dia tulah, start giler relationship kitaorang.

  Dia dah start jarang message, aku tnya kenapa, dia cakap busy. Aku aku boleh terima, sedangkan aku fikir, selama aku 5 semester study, aku boleh jeh ada masa untuk kau. Takpe, aku faham lagi aku boleh sabar lagi. Tetiba dia senyapkan aku tanpa apa2 alasan. Kebetulan masa tuh, lagu sedih sedih, yg related wif mine punya masalah ada banyak kau. Kalau dengar radio, boleh laju jeh air mata aku nih keluar. Kalau dia busy uh takpe tau, nih dia boleh update status kat facebook, tweet lagi. Aku message kat facebook pun dia tak layan. Perghh betul2 menyirap hati kau masa tuh. Aku rasa kalau kau depan mata aku masatuh, memang dah kena penampar.

  Lama giler aku tak give up dengan semua tuh, aku masih tebal muka send message tanya itu ini, paling banyak kau tanya kenapa buat aku macam nih? Wassap pun kau tak reply even last seen kau after sent wassap aku. Semua dia seen untuk semua message. Satu pun, dia tak reply. Bongok giler. Aku dah nangis banyak2, sakit betul hati aku. Lagi menyakitkan, status dia kat facebook ke wechat ke twitter ke bahagia semacam. Seolah-olah hati dia berbunga-bunga. Dia berbunga kat siapa seyh? Padahal dia buat aku macam patung, macam dinding masa tuh. Aku dah sure giler yang dia memang ada hati kat orang lain kat sana. Macam hape tah perangai? Masatuh memang aku maki giler kat dia. Asal doh kau buat aku macam nih? Aku bagi peluang kut, lama aku nak terima dia balik. Janji tak sia-sia kan aku. What now? Janji2 kau semua ke laut. Puihh

  After a few months dia senyapkan aku gituh jeh. Buat aku macam sampah. Kalau dengar lagu 'Gantung' by melly goslow uh, sesuai betul jadi OST lagu cerekerama aku nih. Gantung hubungan macam tuh macam tuh jeh. Last2 aku diam jela. Aku perhati jeh dia kat facebook, twitter, wechat semua. Memang dia bahagia tanpa aku. Memang dia boleh hidup tanpa aku, tak macam aku yang selalu ingat kat dia. Bahagia betul dia buat aku macam tuh. Masatuh aku fikir, point dia hadir dalam hidup aku balik memang tuh ke dia nak buat? Kau jadikan aku permainan dalam hidup kau kan. kau memang nak buat aku sakit hatikan? Kau dah bagi harapan kat aku, lepastuh buat aku macam hape. *ya Allah, masa tuh Allah jeh tahu apa perasaan aku*

  Ada satu perkara yang aku tak boleh lupa. Aku balik JB masa cuti weekend. Dan dia balik jugak masatuh. Aku text dia, dia received and baca text uh. Aku cakap aku nak dia ambil aku dari Larkin uh, dengan tujuan aku nak pulihkan everything. Aku cakap aku tak akan balik rumah selagi dia tak ambil. Aku sampai JB malam, aku call dia banyak kali. Satu pun dia tak angkat. Seriously, sampai hati dia buat aku macam tuh. Aku nangis kut kat depan KFC uh, selamat malam dapatlah aku cover mata masatuh. Lama aku tunggu, aku tunggu macam orang giler. Sama macam tunggu buah yang tak akan gugur. Last2 aku call mama, suruh mama ambil. Mama perasan mata aku bengkak dan mama tengok lain macam, dia tahu ada sesuatu jadi. Naluri ibu kan. *air mata bertakung nih, cover cover*

  Before dia senyapkan aku macam tembok uh, kitaorang ada jumpa the last time. Itupun dia susah sangat nak jumpa, ada hal kat rumah katanya. Masa makan kat chicken chop sebelah Tnb uh, dia asik main phone jeh main game. Macam mengelak sesuatu. Dah lah jarang nak jumpa, dah jumpa main phone pulak. Sengal. Kat restoran uh, tetiba ada lagu 'Takkan terpisah' by Black. Aku cakap, aku bagi lagu uh kat dia. Dia cakap kenapa? Faham2 sendiri dah lah, lagu bahasa melayu kut itupun tak faham. Hah ! After makan, jalan2 naik kereta sekejap jeh, lepastuh dia hantar balik. Masatuh, aku rasa sebak giler nak tinggalkan dia, before uh ada bertekak jugak dlm kereta pasal dia dah berubah sikit masatuh. Dia menafikan, aku masatuh nak nangis pun ada. No wonder aku rasa sayang giler nak tinggalkan dia, aku menggigil masa tuh. Rupanya ada benda buruk nak berlaku antara kitaorang, our 'relationshit'.

  Semakin hari semakin tak tahan aku tengok status 'kebahagiaan' dia seorang hari2 sedangkan hati girlfriend nih dia dah tak kisah langsung. Finally, aku decide nak block dia kat facebook, twitter and insta jugak. Sakit sangat hati aku. Aku tak lalui masalah nih sorang2, aku ada kawan2 yang selalu support me, bagi nasihat mana2 yg terbaik utk aku. *Thanks my ladies :') * Wechat ke wassap ke semua aku buang, sampai no dia aku delete. Tapi aku ingat no phone dia, itu yang sh*t bagi aku. Aku fikir, kau dah tak perlukan aku lagi. Better aku pergi. Lagipun kau tak kisah dah pun kan?

  After a few weeks aku block delete bagai, suddenly dia muncul balik. Ada wassap, ada text jugak. Dah block baru kau nak cari, apahal? At first, aku terkejut kut. Tapi aku punya hati yang lembut. Puihh Lembut sangat hati nih. Orang yg dah buat macam sampah pun kau masih nak berlembut? My bad my bad sangat, me kesengalan. Lol Masa tuh aku dah last semester, awal semester 6 suddenly he came back again. Ingat kau chipsmore ke? Main cak cak baa pulak. Aku pun layan kau balik sebab hati lembut punya pasal. Kawan2 aku yg memang dah anti kau, marah aku bila aku reply text kau. Tapi memang patut pun diorang marah sebab tindakan aku uh salah. Tak bawak apa apa 'untung' pun untuk aku sampai sekarang. Haihhh

  Dia text semua macam tak ada apa2 berlaku. Say sorry pun tak. Macam orang koma baru bangun sedar. Macam tak ingat apa apa. Puihh Kadang2 nak bersayang pulak uh, apahal doh? Aku nak gelak pun ada. Tapi seperasan aku, aku tengok kat wechat ke status facebook ke twitter ke, dia macam baru kena lepas reject. Sedih, feeling sad lah pulak. Ohh dah kena reject baru nak cari aku ke camna? Aku stalk ah balik after dia tnya kenapa block bla bla blaa. Aku unblock lerr. Dia follow aku, dah lama seminggu lebih kut baru aku perasan. Dia add balik kat facebook. Macam giler talak pun ada jugak perangainya. Kah ! Lol

  Nak dekat sebulan jugaklah, kitaorang dah balas2 message. Tak kat phone, kat twitter, tak twitter, kat facebook ke wassap ke. Macam nak okaylah balik. Masatuh, aku masih tak dapat jawapan sebetulnya kenapa dia buat aku macam tuh. Dia jawab apa pun, instinct aku menafikan. Ada benda yang dia sorokkan dari aku. Ada punya. Lepastuh, dia ajak keluar masa kitaorang masing2 balik JB. Sekali uh lah, ada awkward jugaklah sebab dah lama tak keluar dengan masalah besar melanda uh. Keluar macam tak rasa bersalah lepas dia buat aku macam tuh for a few months ! Giler.

  Tetiba dia buat perangai balik wei. Dia diamkan aku berapa hari, nak dekat seminggu. Sh*t ! Kenapa mesti dia nak buat balik? Dah menaruh harapan dah balik, kau buat lagi. Dah lah. Enough is enough. Aku dah tak boleh bersabar lagi dah. Sabar manusia ada limit dia. Kau buat aku macam nothing. Aku dah bagi kau peluang, semua kau sia-sia kan. Aku tak tahulah apa masalah dia nih. Kenapa seyh dia buat benda yang menyakitkan hati aku? Kenapa mesti wehh?

  Im giving up on you. 21st April 2014, aku dah decide untuk babai dia. Unofficially dah break up. Our relationship is over now. Aku send message, kata2 putus dah. Aku give up dah. After 3 days, dia sent message panjang lebar at 3am. He sorry for everything. Aku tak faham apa yg dia nak cakapkan sebenarnya. Finally, it's good yang kau tahu semua nih salah kau. Kau yang start everything. Satu benda yang aku dapat tahu dari situ, masalah dia adalah sayang dia kat aku semakin hari semakin pudar. Perghhh masa aku baca uh, aku tak rasa apa apa dah. Dah penat puas menangis before nih, bertan-tan air mata aku agaknya. Lol

  Nak tahu tak, kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki uh tak punya apa apa. Tapi kesetiaan lelaki itu teruji ketika dia punya apa apa. Aku terima dia seadanya, walaupun dia kerja biasa2 jeh kat cool storage uh. Tapi bila dia dah start pergi KL,dah pegang degree kan, terus berubah. Memang betul apa yang aku curious kan before dia pergi uh, memang betul dia akan beubah hati. Yes, you did it,you succeeded. Kau berjaya hancurkan hati aku nih, lenyapkan kepercayaan aku kat kau dan musnahkan harapan selama nih. Apa aku fikir sekarang nih, aku tak nak dijodohkan dengan kau. Tapi kalau mungkin kau memang jodoh aku, aku akan terima jika itu takdir aku. Allah maha mengetahui, Dia tahu mana yang terbaik buat hamba-Nya. Tipu aku dah buang semua pasal kau dalam hidup aku. Jujur aku cakap, aku masih sayangkan dia. Mesti ada jeh benda yang nak mengingatkan aku pada dia. Ahhh tak suka lah. Ishhh Biarlah masa yang merubah segalanya. Apa yang berlaku ada sebabnya kan. Just follow the flow.

  Macam2 perasaan aku sepanjang dugaan nih, ada jeh aku nak cakap tapi aku tak boleh luahkan semua. Aku fikir rasa semua dah, macam macam. Sampai aku tak tahu apalagi yang aku nak cakapkan dah. Tak tahu nak cakap apa dengan apa yang berlaku sekarang nih. Aku tak tahu, masih tak nampak kenapa semua nih berlaku kat diri aku?

Dah, apaii. Nak redakan hati jap.  Berejam aku mengadap lappy nih. Kah !
Doakan aku bahagia, aku ada Allah swt, mama ayah my family, friends my ladies semua. Semua uh boleh buat aku bahagia, inshaAllah dengan semua ini boleh menghapus segala kerinduan. Hahahhahah
Assalamualaikum, XoxonS


 
Inilah tulisan buruk dia, tapi masih mampu buat aku tersenyum.

Thursday, May 22, 2014

Realiti Aku

   Kehidupan baru bakal bermula untuk aku bila dapat further study kat universiti pula after SPM. Lagi-lagi aku nih memang 'anak mak' dalam family aku. Selepas SPM, aku spend time semua masa dengan mama ayah before kena memulakan kehidupan berdikari nanti. Aku dapat melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sains di UiTM Kuala Pilah. Aku rasa bersyukur sangat dapat tempat situ sebab aku memang tak nak dapat kat bandar-bandar macam Shah Alam. Aku masih tak bersedia lagi nak berjauhan sangat dengan mama ayah.
    
    21 May 2011 adalah hari permulaan aku untuk lebih mengenali diri aku. Dah genap 3 tahun. Inilah masa kita akan betul-betul tahu siapa diri kita sebenar bila berada di tempat orang. At first time aku jejakkan kaki kat UiTM Kuala Pilah tuh, tipulah kalau aku tak cuak, seram sejuk, jantung berdegup berderai bagai nak kahwin! Padahal nak belajar jeh nih. Perasaan bercelaru sebab aku tahu aku kena berpisah dengan mama ayah. Minggu pertama minggu MDS untuk pelajar baru. Aku boleh control lagi hati aku nih sebab sibuk dengan aktiviti MDS. Tapi lepas jeh MDS, dah start tak okay bila aku start rindu mama ayah kat rumah. Perghh pilu tau hati bila kena tinggal walaupun rela. (Tak boleh blah ayat kau)
   
    Orang yang aku tahu aku kenal kat sana, Maisarah, Jiha and Aishah. Diorang bertiga nih semua schoolmates SMKTSNI. Orang luar pertama aku kenal, of course my roommate, Hafizah. Budak nih asal Seremban, memang dekatlah rumah dia. So aku fikir memang selalulah dia balik nanti. Mula-mula kan, aku perhati budak nih a bit sombong lah. Tapi memandangkan aku nih pandai ajak orang borak kut, lama-lama peramah dah dia nih. Dia pun kuat borak jugak. Manusia nih kalau orang mula-mula dah sombong, kita pun malas nak melayan kan. Ehsan dia yang pertama bila dia bagi aku pinjam phone dia nak online facebook and twitter. Hahhaha Phone Nokia kita uh tak boleh online by Wifi kolej situ. Mana ada lappy lagikan, so mintalah ehsan si roommate nih.
   
    Bila hidup kat kolej nih, bila kena duduk dengan senior junior nih, aku teringat cerita movie kat tv. Selalunya senior buli junior. Haa cuak dah aku, janganlah dapat senior yang jahat-jahat. Mahu tak aku melalak kat situ hari-hari. Alhamdulillah, kakak-kakak senior aku untuk SP4 rumah 33 nih baik-baik. Hari pertama nak menerima senior masuk rumah, aku dengan Ija beriya tulis nama dekat barang-barang kitorang sebab takut nanti kena curi. Hahahha (kantoi) Masa menunggu ketibaan mereka, senyum jela kami berdua nih. Nasiblah kami berdua jeh junior, the rest senior belaka. Senior untuk first semester adalah kak Myza, kak Wani, kak Ya, kak Amy, kak Mira and kak Naz. Kak Myza nih kitorang dah kenal dulu sebab dia kak PM untuk MDS batch kitorang. Dah hari ke berapa MDS, baru perasan rupanya ada kakak PM kat dalam rumah kitorang. Ciss!
   
    Masa MDS nilah aku kenal jiran sebelah. Sama-sama 5th generation UiTM Kuala Pilah. Ada dua orang, Izzati and Dini. Setiap rumah, ada dua junior dan selebih 6 tuh semua senior. Zati nih peramah orangnya atau senang cerita terlebih ramah kau. Dia cepat mesra, she's too friendly to strangers. Hahha Kalau Dini nih, comel betul budaknya tapi nampak garang. Kau kalau tak reti layan dia, memang kau tak kenal budak nih. Garang dia bertempat. Ahaa.
    
    Hari pertama untuk class pertama, gila tak nervous. Melilau jugak nak cari class. BK 1 sampai BK 33. Ada LT aka Lecturer Theater and DK aka Dewan Kuliah 100. Makmal tak payah cerita. Makmal untuk setiap course. Makmal computer and bahasa pun ada. Course kat sini ada berapa jeh, ada 5 kut untuk diploma and ada 3 untuk degree. Tempat nih nampak kecik sebab baru fasa pertama. So, cawangan sini masih baru. Class aku untuk first semester nih, AS120 1H1. Tak silap ada class dari 1A sampai 1K. Setiap class ada dua, 1A1 dan 1A2. Banyakkan? Sebab batch AS120 kali nih, ramai yang masuk. Belum terkira lagi class2 untuk course lain. Bayangkan. Lol
  
    Bila dah start class, bermulalah mencari classmates. Ahaa, masa nih pun lawak. Macam-macam orang kau nak kena start tegur. Kalau tak tegur, macam mana nak start ada kawan kan? Jangan sombong naa. Tempat orang nih. Classmates paling rapat untuk 1st semester nih, Suhailah, Syafiqah and Salihah. See? Kami berempat geng NS. Hahhaha Kebetulan,plus kami dimasukkan dalam class ikut alphabetical haa. Sebab tuh, semua dalam class masa 1st semester nih semua starting N then S. Sampai aku jumpa kembar nama. Nama budah nih betul-betul sama dengan aku, Nur Syahiirah. Double I tuh, bukan senang aku nak jumpa. Dia jelah kembar nama aku kat Pilah nih, Nama ayah jeh lain ye.
   
    Penting nak cari kawan baru or classmate kat sini, sebab anything related dengan class or subject or assignment by group ke, haa penting kena nak ada classmates. Tapi benda yang tak boleh nak dielakkan, bila berpuak bersuku berkaum nih. Common sangat kat alam universiti nih jemah. Rapat dengan senior pun penting, masa nilah kau nak korek-korek rahsia ke tips ke. Sebab diorang nih veteran jugak, banyak pengalaman. Hahhhaha Im so glad sebab dapat senior yang baik masa 1st semester nih. First impression leads to the next impression. Ahaa
  
   Itulah cerita permulaan kehidupan aku kat UiTM Kuala Pilah dengan secara ringkasnya. Cerita pengakhiran kehidupan aku kat sini nanti aku cerita lagi next time.

I got to go. Apaii
Assalamualaikum :)

Sepupu tersayang kita hantar masa first day nak register masuk UiTM Kuala Pilah.

XoxoNS

Thursday, May 8, 2014

Si Graduan from UiTM Kuala Pilah

Assalamualaikum guys! ^^

ya Allah,lamanya tak update blog nih.
dah bersemak dah pun. 
the last post pun Feb itu hari. lolz
Finally, dapat jugak nak post something this month. 
cehh ! bunyi macam every month kau post kannn :D

 Today is 9th May 2014.

Ada apa dengan tarikh ini hari?
today is her birthday ! happy Birthday to my dear Bel or Nabila Ghani aka cinta hati si Azan uh. Hee 


hye bel ! it's ur birthday ! happy 21st dear. May Allah bless you, ur family ur day ur life and ur everything ! XOXO 
Dan ini tarikh jugak lahh, I'm officially graduate ! 
Alhamdulillah, thanks to everything, to mama ayah and everyone.
The most important part is thank you Allah ! :')
Thank you ya Allah, after all, after 3 years I've been thru a lot things, too many things. Now they are my past, my experience. But the things that always in my mind, that I will bring to everywhere is our moment. Good and bad memories. 
You gave everything what I need, you gave everything ya Allah !
Rasa sampai tak terkata nak kata apa weh. 
sedih ada gembira ada semua ada. lolz

Ehh, tambah fefeelingss dah nih. 
Hujan pulak kat luar uh, hujan di pagi hari, hari Jumaat nih.
What a bless? Ya Allah :')
Rahmat Allah pepagi ginih. 

Ieraa selalu doakan kejayaan korang kengkawan iera semua nih.
Nak tanya korang punyer result camna, seganlah.
sebab kite punyaa tak terrer mana but stillllll alhamdulillah :) ♥ ♥ ♥
iera harap semua okay okayy okay?
Allah bagi kita ujian ujian semua sebab sayang kita, nak uji kitaa. 
trust Him and hope the best from Him and get blessed by Him !
Paling penting kena ingat, Allah sayang hamba2 Nya. 
Kena ingat tauu ! :)

After nih, sedialah kau ieraa kena perah dengan degree. 
Hahhahuahauhuaa wuaaaaaa T T
Okayy, belajar belajar !


It's what you learn after you know it all that counts. - John Wooden



Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. - Imam Syafie

Ahaa, nampak dah kan? Baca dah kan?
Selagi diberi kudrat oleh-Nya, gunakanlah sebaik mungkin ke jalan yang benar.

Letak dalam hati, paling penting apa?
Hidup dan matiku hanyalah untuk Allah SWT. Apa2 kita buat niat kerana Allah. Kita dilahirkan ke bumi untuk apa?
Untuk taat akan perintah-Nya. Allah yang satu dan Islam agama yang satu.

Iera sampaikan apa yang iera mampu.
Iera bukanlah seorang wanita yang baik, iera adalah pendosa yang sentiasa melakukan kesilapan.
Manusia adalah pendosa yang tegar, takkan pernah lari dari kesalahan.
ya Allah ! T T
banyak sangat dosa ini. semakin hari semakin banyak.
istighfar banyak2. Allah maha pengampun. InsyaAllah


haiii so fresh so clean, congratulations, graduate ! yeaaay 
Happy tau happy sangat !
rasa macam nak lompat lompat guling guling atas air. Ehh?
lolz

When you are graduate, you found your success, your day, it is not the end of your tough journey. But it's the starting for everything.
well, we still have a long journey. 
Betul tak? :D

kite nak ada satu angan angan lahh. masa convo nanti, nak sangat dapat convo bear uh dengan satu kuntum bunga rose dari kesayangan !
ya Allah, kalau dapat uhh. Giler tak pengsan nanti. 
HAHAHAHHA lolz
berangan jeh uollss 

okayy last last.
Alhamdulillah for today, hari Jumaat. Full of blessed by Him.
Congrats to all my friends, korang korang hari yang dinanti dah tiba pun.
We're graduate ! yeayyy ^^

Babaiii assalamualaikum ! 
xoxons



 

Friday, February 14, 2014

MMB

Wuaaaaaaaaa lamanya tak blogging !

ya Allah, buka kat lappy abang baru boleh dapat access blogspot nih.
peliknya pelik sangat !
sah my lappy dah banyak problem nih.
wifi tak dapat search, icon kat dekstop pun dah banyak hilang.
yayy kena hantar clinic nanti lappy tuh :D

bila everytime nak blogging and tak dapat nak access, we're having this exact reaction.

HAHHA handsomenyaa my boyfie nih.
baru jumpa kat google image tadi.
lalalallalaaaa~

nak hilangkan stress tension..what else? everything kut, mesti nak blogging.
cerita kat sini.
tapi bila tak dapat uh, meroyanlah memaki membebel kat twitter ^ ^

Twitter : syhrhtukiman

dah last semester nih, lagi meroyan.
sedih bak hang.
sedih ke suka ke?
LOL

dah dah, niat nak buat past year BIO 320 nih.
next week test 2.
Okbaiii
Assalamualaikum guys

p/s: Miss My Blog- MMB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/tutorial-nak-ringankan-blog-cepatkan.html#ixzz2Bgwfuaaa