CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 22, 2014

Realiti Aku

   Kehidupan baru bakal bermula untuk aku bila dapat further study kat universiti pula after SPM. Lagi-lagi aku nih memang 'anak mak' dalam family aku. Selepas SPM, aku spend time semua masa dengan mama ayah before kena memulakan kehidupan berdikari nanti. Aku dapat melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sains di UiTM Kuala Pilah. Aku rasa bersyukur sangat dapat tempat situ sebab aku memang tak nak dapat kat bandar-bandar macam Shah Alam. Aku masih tak bersedia lagi nak berjauhan sangat dengan mama ayah.
    
    21 May 2011 adalah hari permulaan aku untuk lebih mengenali diri aku. Dah genap 3 tahun. Inilah masa kita akan betul-betul tahu siapa diri kita sebenar bila berada di tempat orang. At first time aku jejakkan kaki kat UiTM Kuala Pilah tuh, tipulah kalau aku tak cuak, seram sejuk, jantung berdegup berderai bagai nak kahwin! Padahal nak belajar jeh nih. Perasaan bercelaru sebab aku tahu aku kena berpisah dengan mama ayah. Minggu pertama minggu MDS untuk pelajar baru. Aku boleh control lagi hati aku nih sebab sibuk dengan aktiviti MDS. Tapi lepas jeh MDS, dah start tak okay bila aku start rindu mama ayah kat rumah. Perghh pilu tau hati bila kena tinggal walaupun rela. (Tak boleh blah ayat kau)
   
    Orang yang aku tahu aku kenal kat sana, Maisarah, Jiha and Aishah. Diorang bertiga nih semua schoolmates SMKTSNI. Orang luar pertama aku kenal, of course my roommate, Hafizah. Budak nih asal Seremban, memang dekatlah rumah dia. So aku fikir memang selalulah dia balik nanti. Mula-mula kan, aku perhati budak nih a bit sombong lah. Tapi memandangkan aku nih pandai ajak orang borak kut, lama-lama peramah dah dia nih. Dia pun kuat borak jugak. Manusia nih kalau orang mula-mula dah sombong, kita pun malas nak melayan kan. Ehsan dia yang pertama bila dia bagi aku pinjam phone dia nak online facebook and twitter. Hahhaha Phone Nokia kita uh tak boleh online by Wifi kolej situ. Mana ada lappy lagikan, so mintalah ehsan si roommate nih.
   
    Bila hidup kat kolej nih, bila kena duduk dengan senior junior nih, aku teringat cerita movie kat tv. Selalunya senior buli junior. Haa cuak dah aku, janganlah dapat senior yang jahat-jahat. Mahu tak aku melalak kat situ hari-hari. Alhamdulillah, kakak-kakak senior aku untuk SP4 rumah 33 nih baik-baik. Hari pertama nak menerima senior masuk rumah, aku dengan Ija beriya tulis nama dekat barang-barang kitorang sebab takut nanti kena curi. Hahahha (kantoi) Masa menunggu ketibaan mereka, senyum jela kami berdua nih. Nasiblah kami berdua jeh junior, the rest senior belaka. Senior untuk first semester adalah kak Myza, kak Wani, kak Ya, kak Amy, kak Mira and kak Naz. Kak Myza nih kitorang dah kenal dulu sebab dia kak PM untuk MDS batch kitorang. Dah hari ke berapa MDS, baru perasan rupanya ada kakak PM kat dalam rumah kitorang. Ciss!
   
    Masa MDS nilah aku kenal jiran sebelah. Sama-sama 5th generation UiTM Kuala Pilah. Ada dua orang, Izzati and Dini. Setiap rumah, ada dua junior dan selebih 6 tuh semua senior. Zati nih peramah orangnya atau senang cerita terlebih ramah kau. Dia cepat mesra, she's too friendly to strangers. Hahha Kalau Dini nih, comel betul budaknya tapi nampak garang. Kau kalau tak reti layan dia, memang kau tak kenal budak nih. Garang dia bertempat. Ahaa.
    
    Hari pertama untuk class pertama, gila tak nervous. Melilau jugak nak cari class. BK 1 sampai BK 33. Ada LT aka Lecturer Theater and DK aka Dewan Kuliah 100. Makmal tak payah cerita. Makmal untuk setiap course. Makmal computer and bahasa pun ada. Course kat sini ada berapa jeh, ada 5 kut untuk diploma and ada 3 untuk degree. Tempat nih nampak kecik sebab baru fasa pertama. So, cawangan sini masih baru. Class aku untuk first semester nih, AS120 1H1. Tak silap ada class dari 1A sampai 1K. Setiap class ada dua, 1A1 dan 1A2. Banyakkan? Sebab batch AS120 kali nih, ramai yang masuk. Belum terkira lagi class2 untuk course lain. Bayangkan. Lol
  
    Bila dah start class, bermulalah mencari classmates. Ahaa, masa nih pun lawak. Macam-macam orang kau nak kena start tegur. Kalau tak tegur, macam mana nak start ada kawan kan? Jangan sombong naa. Tempat orang nih. Classmates paling rapat untuk 1st semester nih, Suhailah, Syafiqah and Salihah. See? Kami berempat geng NS. Hahhaha Kebetulan,plus kami dimasukkan dalam class ikut alphabetical haa. Sebab tuh, semua dalam class masa 1st semester nih semua starting N then S. Sampai aku jumpa kembar nama. Nama budah nih betul-betul sama dengan aku, Nur Syahiirah. Double I tuh, bukan senang aku nak jumpa. Dia jelah kembar nama aku kat Pilah nih, Nama ayah jeh lain ye.
   
    Penting nak cari kawan baru or classmate kat sini, sebab anything related dengan class or subject or assignment by group ke, haa penting kena nak ada classmates. Tapi benda yang tak boleh nak dielakkan, bila berpuak bersuku berkaum nih. Common sangat kat alam universiti nih jemah. Rapat dengan senior pun penting, masa nilah kau nak korek-korek rahsia ke tips ke. Sebab diorang nih veteran jugak, banyak pengalaman. Hahhhaha Im so glad sebab dapat senior yang baik masa 1st semester nih. First impression leads to the next impression. Ahaa
  
   Itulah cerita permulaan kehidupan aku kat UiTM Kuala Pilah dengan secara ringkasnya. Cerita pengakhiran kehidupan aku kat sini nanti aku cerita lagi next time.

I got to go. Apaii
Assalamualaikum :)

Sepupu tersayang kita hantar masa first day nak register masuk UiTM Kuala Pilah.

XoxoNS

3 comments:

princess hours...
This comment has been removed by the author.
princess hours...

Salam akak.sy dpt uitm k.pilah...bagi akak lecturer mane yg ok? subject ape yg plg susah? Boleh akak emailkn notea yg berguna? Tq n.n

nur syahiirah

salam dik, dapat course apa ye? Lecturer semua ok klu kita ok dengan depa. Hee Subject pulak bagi akk, klu kita study benda susah boleh jadi senang. InshaAllah, everything will be okay.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/tutorial-nak-ringankan-blog-cepatkan.html#ixzz2Bgwfuaaa