CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 16, 2015

My first SPA job interview !

Assalamualaikum.

This blog, ohmaii i'm going to post something on this blog 
yeaa it's been so long i have not been able to post anything.

Nak kata sibuk, sometimes
malas nak on lappy, yessss ! Hahhaha

Nak cerita my first SPA job interview experience



Iera apply banyak untuk jawatan dalam perkhidmatan awam
macam macam cara, pos borang pemohonan ada, lebih dari 5 kut ? Hahhaha
Isi form thru online pun ada, included SPA ofcourse

So after a few months, I was told that my application was succeed.
Then kena buat peperiksaan online untuk filter candidates yang katanya beribu-ribu banyaknya.

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Excited sangat dapat tahu bila passed untuk application. 2nd step kena exam dulu.
Exam nya thru online, kat rumah jeh or kat mana2 as long as ada lappy or computer and internet excess.
Iera kena malam, 3 April 2015, start pukul 8.00 malam sampai 9.45 malam untuk kesemua tiga seksyen.

Seksyen A: Pengetahuan am
Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C: Penaksiran personaliti

Semua nya objective paperrrrrrr. Hehehe

General knowledge tuh macam biasa, soalan tentang isu semasa ofcourse ! Pasal sejarah Malaysia ada pasal profil Malaysia pun ada contohnya nama bendera Malaysia, jata negara.
Masa iera harituh, ada 4 ke 5 soalan tentang GST.
ulalalaaa~

Tanya negara mana jeh yang tak melaksanakan GST lagi di Asia,
tanya pasal apa tindakan or hukuman jenayah pun ada, mahkamah mahkamah gitu.

Seksyen B pulak, penyelesaian soalan2 matematik. heehe
Recall balik subject Maths masa form 5 korang ye
Alhamdulillah, iera dapat ingat2 balik jugak tapi ada satu soalan iera tembak jeh sebab blur tak tahu nak selesaikan macam mana. Kah !

C tuh pasal personal kita.
Anda suka tut tuttt..anda sentiasa tut tutt...anda akan tut tutt...
just pilih yang sesuai untuk korang lah. It's abt urself .

Checklist untuk Peperiksaan online SPA

Alhamdulillah again, iera lulus untuk exam online tuh.
Then proceed untuk interview !

Wuaaaa nervous nyaaa baca jeh email tuh dah terketaq lutut haaa
hahahaha

So apa yang iera buat, kenalah study dulu befor pergi interview. A week before lah dia akan bagitau kita bila nak di interview nya nanti.
Ada google kan? So carian dalam BM kan?
Gunalah sebaik mungkin research itu ini.

baca pengalaman orang2 yang dah pergi interview samada yang berjaya atau tidak sebab dua dua tuh bagi kita pengetahuan sedikit sebanyak tentang interview SPA ini bagi kita yang tak pernah kena.

Tips interview lagi penting, sebelum semasa dan selepas interview.
Search jeh kat google, insha-Allah
Dimana ada jalan, disitu ada highwayyyy.

Hehehe

Iera siap tulis buat nota kat buku, sebab nanti nak ingat2 balik takpun buat rujukan sendiri untuk masa2 akan datang.
Senang sikit, tak lah nak buat kerja dua kali nanti kan kan kann.

Kita research lah apa soalan lazim bila interview SPA nih, apa yang majoriti panel akan tanya,
tatacara diri bila datang interview nanti macam mana, cara menjawab soalan macam mana, nak masuk ketuk pintu dulu bagi salam then kalau panel suruh masuk, baru masuk.



Okay masa iera kena interview pulak ye

Iera kena interview di Pusat temuduga SPA kat Menara Ansar , Johor Bahru pukul 12:10pm.
tapi yela masa tuh just anggaran jeh supaya kita datang lebih awal untuk lebih bersedia.
Iera kena interview after lunch, sambung pukul 2.00ptg.

Before lunch ada dua panel, tapi masa iera tuh ada seorang jeh. Maybe lagi seorang tuh ada hal sikit kut. So glad sangat, sebab seorang panel kan. Rasa semua lebih mudah kut ehee

Nak masuk bilik tuh, ketuk bagi salam dulu baru buka pintu ye.
Peramah panel nih, dia dah senyum dulu kat kita. Then dia suruh masuk and duduk.
Haa tak payah nak minta izin duduk kan.
Ada meja kat sebelah kerusi, mula2 iera letak bag kat bawah jeh, lepastuh panel cakap meja tuh memang disediakan untuk letak bag, awak boleh letak disitu sambil senyum.
So iera letak je tanpa banyak alasan yee
Tapi before duduk tuh bagi resume and sijil2 anda dulu okayy.

Soalan pertama, as usual kena perkenalkan diri kita.
Iera bagitau nama, umur, tempat tinggal, sedikit tentang family, ambil bidang apa and kat mana untuk diploma or ijazah, cerita sekolah mana mana include sekolah agama yee
sebab dia macam sangat teruja bila iera bagitahu keputusan sijil darjah khas sekolah agama.
So jangan pandang sebelah mata dengan sekolah agama ye, ia sangat bermakna macam sekolah rendah ke menengah semua tuh yee
Lepastuh ceritalah kekuatan dan kelemahan kita, tapi iera tak sempat nak cerita sebab panel dah cerita cerita masuk topik lain,
Masa interview nih, kitorang macam berborak jeh so hilang rasa nervous but tak nak confident sangat bila bercakap, so iera banyak berhati2 lah haa gituu.

Panel suka bagi situasi masa iera nih. Dia cerita2 dulu camtu camni, lepastuh baru tanya pendapat kita. We can caledl it as a psycho questions lah kan? Hahahaha

macam dia yang banyak bercakap, iera mendengar dan mengangguk ya yaa and respon untuk bercakap bila dia tanya.

Soalan2 nya lebih kurang camnilah..

-kalau kena hantar jauh2 awak sanggup tak..
-awak mungkin berkerja dengan bawah orang yang education qualification mereka lebih rendah dari awak yang mempunyai diploma, so macam mana awak boleh bekerja ke?
-ciri2 perkhidmatan yang melibat kaunter untuk berdepan dan berkhidmat dengan orang awam
-tugas2 seorang pembantu tadbir
-isu penjawat awam curi tulang di akhbar

Seingat iera, itulah jela kut. Ahaaa

Last sekali, dia tanya.. "cik syahiirah, ada soalan nak tanya?"
Haa better tanya ye instead of "tak ada" sebab kita kena tunjukkan yang kita nih productive and betul2 berminat masa interview nih.

Selesai jee, don't forget to say " Terima kasih, saya harap puan dapat ....."
belum sempat iera nak cakap dia dah cakap dulu sambil senyum
"ye saya akan mempertimbangkan temuduga tadi dan calon yang dapat interview adalah calon terbaik kerana lulus exam online"
Waaa rasa terharu sangat hehehe

Iera pun senyum, minta diri and salam puan tersebut. kalau lelaki jangan salam ye, cukup sekadar memberi senyuman.

Keluar bilik je, senyum lebar sebab rasa lega sangat walaupun keputusan lambat lagi.
22 Jun nih nanti. Wish me luck ! =)



Tips dari iera, before interview tuh nak hilangkan rasa nervous supaya kita lebih tenang, kita sebagai umat Islam haruslah berdoa dan meminta pertolongan dari Allah swt agar semua dipermudahkan kann. So boleh amalkan..

1)Baca surah AlFatihah
2)Baca ayat Kursi
3)Baca ayat 1000 Dinar
4)Amal zikir "ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir"

Insha-Allah, may Allah ease everything. Amin
:)

Saturday, January 3, 2015

The beginning of 2015..

Selamat tahun baru !

Goodbye 2014 and welcome 2015.

and Salam maulidur Rasul today, 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1436.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).



There's too many memories to remember, and to let go as well.
Orang kan selalu ingat yg manis2 jeh, mana ada ingat yg pahit2 ye dok?
Ehee

That year in 2014, finally im graduated ! Ahaa the biggest memory to remember.
Alhamdulillah.




After 3 years, I got what I want. This is for my family, of course. Ehee
Alhamdulillah :)

Hari2 terakhir di Pilah juga berakhir pada itu tahun.
Kitorang make a time jugaklah untuk sama2 bersama menambah memori dekat pilahdelphia (kononnya) eh ehh.








Mereka semua ini, orang2 yang iera sayang kat Pilah uh. 
kekekeee ^ ^

Dalam tahun 2014 nih jugaklah, I met a stranger (for the 1st time we met) , mula2 decide nak jumpa tak rasa takut pun. Bila dah lagi seminit dia dah nak sampai rumah, terus gelabah semacam. lol

#JanganBuatLagiMacamIni

Selamat dia orang baik (rasanya lah selama hampir 5 bulan berkawan dengan dia skrg), so tak ada nak buat macam2 kat den. huhh
Konon dah besarlah nih iera, sampai tak fikir your own safety dengan org yang baru kenal.

#TepukDahiSendiri

After 5 months we knew each other, Alhamdulillah dia seorang lelaki yg baik for me and his family too. Sikap dia yg penyayang dengan family dia and anak2 sedara dia lah yg buat kita terpikat sikit (yeke sikit? hahha) kat dia nih. 
Sampai kadang2 dia layan iera macam budak2 jugak dah. hahha lol

im not a kid okay, im just a small girl yg sememangnya rendah dah kecik dari dia. 

Dia rajin membelikan makanan, salah satu kerja dia is menggemukkan iera. Haa 
Makan itu ini, sana sini, sampai lemak sana sini dah dalam badan kitorang.
Sama2 gemuk dah. kekekeee

Iera tak nak letak harapan tinggi sangat for this time, takut benda lama berulang lagi. 
hmm
kalau boleh tak nak tunggu lama2, terus bina masjid jela. Tapi tapi, persepsi orang2 sekeliling iera included my parents. Plus, macam biasa lah, nak buat majlis bukan pakai duit sikit.
Orang tuh sendiri dan adat yang buat perkahwinan tuh susah dan mahal, sedangkan perkahwinan dalam Islam adalah mudah. 

#sighing

Masih sempat iera selitkan doa , semoga dia lah jodoh iera yang terakhir di dunia dan akhirat.
Malas dah nak cari lain, cehh ! 
yela bukan senang nak mengenal isi hati orang dan bila dah sayang, yang pastinya susah untuk kita lepaskan.

"sama sama menjejak mimpi, sama sama mencari dan menanti, segalanya di restui cinta sejati..
sama sama gunung didaki, sama sama turun ke lembah sepi, suka duka bersama dirasai.."

#nowplaying best fm

Motif sangat lagu nih. Hahhaha



I need and really need a loyal and trust relationship. 
In shaa Allah, one day, kita akan disatukan dengan ikatan yang sememangnya halal dan kekal sampai bila2. 

Sama2 kita doa ye.

Hmm now im thinking of something yang still tak jumpa penyelesaian nya.
What should I do now?

further degree or kerja dulu? hmm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/tutorial-nak-ringankan-blog-cepatkan.html#ixzz2Bgwfuaaa